Tuesday, September 14, 2010

Salam Syawal, Salam Aidilfitri Buat Anda

Assalamualaikum dan Salam Penuh Kasih Sayang Buat Pembaca Sekelian,

Apa khabar anda semua? semoga bahagia sentiasa hendaknya dan sihat wal afiah.

Ok, pertamanya, ucapan Salam Aidilfitri saya ucapkan buat pembaca semua. Moga-moga kehadiran syawal kali ini lebih meriah dan ceria bersama saudara mara dan kenalan anda.

Saya ingin berkongsi rasa gembira saya dalam sambutan syawal kali ini kerana saya rasa bermacam benda baru yang saya dapati dalam sambutan raya saya kali ini. Namun, dalam kita merayakan hari raya ini janganlah kita lupakan saudara2 kita yang didalam kesusahan dan didalam peperangan. Yang di Malaysia, yang di Palestin, yang di Kemboja dan atau dimana-mana saja mereka berada. Dengan doa dan harapan kita mereka beroleh pertolongan dan hidayah dari Allah SWT didalam menjalani hidup mereka sehari-harian.

Oleh itu, untuk post kali ini, marilah kita raikan rasa kegembiraan kita dalam menyambut Aidilfitri dengan merasa kehambaan diri kepada Allah SWT dalam doa dan perasaan kita. Insyallah.

Jumpa lagi dan salam ceria untuk semua...

Tuesday, September 7, 2010

Sedih ke tak bila Ramadan Dah Nak Meinggalkan Kita

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat anda semua.

Apa khabar semua?mudah2an sihat-sihat sentiasa. Alhamdulillah saya juga sihat sentiasa. Mudah2an ramadan kali ini lebih baik dari ramadan yang telah kita lalui.

Tajuk posting kali ini saya buat satu persoalan kepada anda tentang ramadan ini adakah ada rasa sedih bila tahu ramadan semakin meninggalkan kita? Biasanya di hujung-hujung ramadan ramai yang sibuk. Sibuk apa?, sibuk nak sambut raya nanti. Rumah, baju dan kuih muih menjadi agenda utama pada masa ini. Betulkan? Oleh itu, saya bangkitkan soalan ini adalah untuk mengajak diri saya dan anda semua kepada perasaan sedih ini. Sedih ini adalah sedihnya sahabat-sahabat nabi Muhammad SAW apa berada dihujung ramadan. Mengapa perlu sedih?lebih baik gembira sebab nak sambut raya. Sedih disini ialah sedihnya kita kerana kita bakal hilang kebaikan-kebaikan utama dalam ramadan. Seperti pahala yang berlipat kali ganda, di tutup pintu neraka dibuka pintu syurga dan banyak lagi.

Maka, kita tidak berjumpa lagi saat indah itu di bulan lain. Maka bersedihlah mereka yang bahagia berada dibulan ini. Maka, tanyakan diri anda, apakah perlu anda bersedih ? jika ya, maka ucapkanlah Ya Allah ketemukan aku sekali lagi pada ramadan akan datang. Adukan perasaan kita itu kepada Allah SWT agar Allah memberikan keizinanNya buat kita bertemu pada ramadan akan datang InsyaAllah.

Sekian dulu..., salam ceria salam kasih sayang dan jumpa lagi.

Friday, August 20, 2010

Sakit Yang Bahagia

Assalamualaikum...dan salam muhibah,

apa khabar anda semua?moga diberikan kesihatan yang terbaik untuk anda semua oleh Allah SWT. Saya doakan agar anda semua sihat sentiasa.

Bagaimana dengan tajuk post kali ini? menarik tak? sakit juga ada bahagia? macamana tu?

Biasanya, sakit bagi setiap manusia perit, penuh kesengsaraan dan tertunggu bila sakit akan sembuh. Begitulah selalunya. Namun bagaimana ada sakit yang bahagia...,

Sakit yang bahagia yang saya maksudkan ialah sakit yang mengingatkan kita tentang kelemahan diri dan menjadikan rasa lemah diri itu sebagai momentum didalam hati kita untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Zikir kita kepada Allah tidak terlepas dan menyebabkan rasa sakit hilang!!. Itulah sakit yang bahagia!. Sakit kita tanpa kita mengeluh bahkan kita katakan ini mungkin ujian ALlah dan mungkin juga sebagai penghapus dosa-dosa kita.

Oleh itu, bila sakit, banyakkan mengingati Allah dengan berzikir kepadaNya. Mudah2an sakit kita itu membahagiakan kita bukan menyeksakan kita.

Jumpa lagi dan salam penuh keceriaan.

Monday, August 16, 2010

Salam Ramadhan Mubarak..Salam Ketaqwaan

Assalamulaikum dan salam muhibbah buat pembaca yang dikasihi sekelian,

Ramadan Kareem...Allahu Akram(Ramadan yang mulia...Allah lebih mulia)..,

Saya ucapkan Selamat Beribadah didalam Bulan Yg Mulia pada tahun ini untuk pembaca-pembaca sekelian.

Selama kita hidup ini, marilah kita bermuhasabah diri agar melihat dan merenung sedalam-dalamnya tentang diri kita adakah ada peningkatan diri dari segi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Oleh itu, dengan Ramadhan kali ini, jadikanlah ia sebagai waktu yang paling berkualiti bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ingat iman, ingatlah Ramadan. Ingat juga, belum tentu kita bertemu dengan ramadhan akan datang.

Sekali lagi, saya mengingatkan diri saya dan anda semua agar gunakan kesempatan ramadan kali ini dengan sebaik mungkin agar berakhirnya ramadan maka seumpama jiwa kita bersih dari kekotoran dosa dan noda maksiat dan kelalaian kita menjadi ubat yang paling kuat dalam meneruskan hidup kita sebagai mukmin yang berjaya didunia dan akhirat.

Salam Ramadhan dan Salam Kemaafan dan Salam Keimanan dan Ketaqwaan.

Ayuh kita berramadhan dengan Iman dan Taqwa!!

Jumpa lagi...,

Wednesday, July 14, 2010

Spain Menang Piala Dunia 2010 ..anda?

Assalamulaikum dan salam muhibbah...,

Apa khabar anda semua? harap2nya semuanya sihat dan ceria selalu hendaknya. Alhamdulillah saya juga sihat cuma sedikit keletihan. Biasa la kadang-kadang ada kerja dan kena fikir banyak menyebabkan badan jadi letih dan lesu. Ok..., takpe..., tajuk di atas seronok disembangkan oleh peminat2 Spain. Anda??

Ok, berbalik kepada tajuk di atas.., saya suka bawa tajuk menang..., sememangnya lumrah dunia ini ada pemenang dan ada yang kalah atau gagal. Persoalan menang ini saya tujukan kepada anda! Anda mahu menang dalam hidup ini? Bagaimana mahu menang? ok ada beberapa tips yang perlu di pegang kepada orang yg ingin menang. Apakah tips tu?

1. Anda kena set target anda apa yang anda inginkan dalam hidup di dunia ini. Jangan lupa set target anda di akhirat juga.

2. Anda sentiasa Istiqomah(maintain) dalam mencapai target anda itu.

3. Berdoa dan bertawakal agar target anda itu berjaya di capai.

Ok..., jadi gunakan sebaiknya tips tu agar anda berjaya menjadi pemenang untuk diri anda. Teruskan usaha hingga berjaya. Amin....

Jumpa lagi..ceria selalu.

Wednesday, May 12, 2010

Berkatkah Apa Yang Anda Ada?

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah untuk semua pembaca yang dimuliakan.

Alhamdulillah, semoga anda semua sihat-sihat belaka. Saya juga ok-ok aje. Macam biasa kerja banyak, tapi saya cuba luangkan masa untuk menulis didalam blog saya ini.

Saya mulakan tajuk post saya ini dengan satu soalan. Berkatkah apa yang kita ada?. Saya tanyakan soalan ini sebab banyak benda dalam hidup kita ini ada kaitan dengan keberkatan. Dalam bahasa arab disebut BARAKAH. Membawa maksud adalah "memohon RESTU dari Allah swt agar dikurniakan kebaikan yang berkembang."

Jadi secara mudahnya ialah..., adakah yang kita punya selama ini membawa kebaikan yang sentiasa berkembang? Maka, jawapannya ialah setiap yang kita ada itu bila kita gunakan kita merasakan banyak kebaikan yang ada dan kita sentiasa bahagia dengannya.

Kalau tiada keadaan tersebut, maka kemungkinan besar keberkatan tiada dalam harta, masa dan kehidupan yang kita lalui.

Jadi, cubalah anda lihat dan rasa dengan setiap yang anda punya itu ada berkatnya atau tidak. Jika tidak, cubalah perbaiki kualiti AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang anda pikul dengan sejujurnya dihadapan Allah SWT.

Salam perjuangan dalam mempertahankan iman...., jumpa lagi salam ceria.

Monday, April 5, 2010

Tahanlah Marah Moga Bahagia

Assalamualaikum...salam muhibbah...,

Apa khabar anda semua? saya disini sihat sentiasa. Moga-moga didalam rahmat Allah SWT. Tajuk saya hari ini ialah tahanlah marah moga bahagia yang membawa maksud yang sangat unik dalam kamus hidup kita.

Marah sentiasa menjadi mainan harian kita. Namun mereka yang cerdik adalah orang yang mampu menahan marah mereka. Ramai orang inginkan dirinya bahagia, tapi ramai orang tidak mampu mengawal kemarahan mereka. Marah itu boleh, tapi biarlah marah yang tidak keterlaluan. Jika tidak ada marah langsung barangkali dunia cukup aman dan damai. Syaitan juga tidak mampu cari makan.

Tips saya berkenaan dengan menahan marah ini, saya syorkan ambillah kaedah nabi. Iaitu bila berdiri hendaklah duduk, jika tidak boleh ambillah wudu' dan tunaikan solat sunat.

Mudah2an kebahagiaan akan datang dalam hidup kita.

Sekian...jumpa lagi...,