Saturday, April 3, 2010

Damai ini kecintaan semua


Assalamualaikum dan salam muhibbah dari saya buat anda semua.

Saya paparkan gambar ini untuk anda lihat betapa indah nya permandangan ini. Semua orang ingin melihat gambar ini. Kerana apabila mata melihat maka hati pun bertambah tenang dan damai. Siapakah empunya pemandangan ini?? Hebat kan Dia? Itulah Allah SWT. Lihat wahai pembaca sekelian. Indah itu menerbitkan rasa tenang dan damai. Damai itulah punca segala permulaan yang indah dalam hidup kita....,

Ayuh, gembirakan jiwa dan hati anda dengan mendekatkan diri kepada Alalh dengan melihat dan melancong ke tempat-tempat yang damai ini.

Jumpa lagi. Salam semua nya.

Friday, February 5, 2010

Tugasan 1-Sesi Jul 2010 - Pend.Islam

Assalamualaikum para pelajar sekelian.

Sila download soalan bagi tugasan ini.

Klik sini untuk download

Saturday, January 2, 2010

Kuatkan Hati

Assalamualaikum..., salam muhibbah semuanya...,

Macamana dengan tajuk entri ini? Kuatkan hati!! ini ayat seruan, saya gunakan ayat ini kerana setiap hari kita sentiasa berdepan dengan masalah. Samada besar atau kecil masalah itu ianya melibatkan kesabaran dan keteguhan hati kita.

Oleh itu, kuatkan hati bermaksud sentiasa kuatkan hati kita ketika kita berdepan dengan masalah dalam hidup kita kerana dengan bersabar akan menjadikan diri kita kuat dan bertenaga berdepan dengan masalah-masalah tersebut.

Oleh itu..., ayuhlah kuatkan hati anda...anda berjaya!!!

Salam semua nya....,

Saturday, December 12, 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah kepada pengunjung blog ini.

Kehadiran blog ini saya ingin kongsikan bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin mengetahui perihal diri saya dan kehidupan saya.

Semoga dengan kehadiran blog ini mampu membina jambatan kemanusiaan dan ketuhanan berteraskan kehendak Rabbani iaitulah Allah SWT didalam kehidupan kita.

Salam seikhlas hati dari saya...,

MUHAMMAD RAHIMI BIN ABDUL RAHMAN.