Monday, April 5, 2010

Tahanlah Marah Moga Bahagia

Assalamualaikum...salam muhibbah...,

Apa khabar anda semua? saya disini sihat sentiasa. Moga-moga didalam rahmat Allah SWT. Tajuk saya hari ini ialah tahanlah marah moga bahagia yang membawa maksud yang sangat unik dalam kamus hidup kita.

Marah sentiasa menjadi mainan harian kita. Namun mereka yang cerdik adalah orang yang mampu menahan marah mereka. Ramai orang inginkan dirinya bahagia, tapi ramai orang tidak mampu mengawal kemarahan mereka. Marah itu boleh, tapi biarlah marah yang tidak keterlaluan. Jika tidak ada marah langsung barangkali dunia cukup aman dan damai. Syaitan juga tidak mampu cari makan.

Tips saya berkenaan dengan menahan marah ini, saya syorkan ambillah kaedah nabi. Iaitu bila berdiri hendaklah duduk, jika tidak boleh ambillah wudu' dan tunaikan solat sunat.

Mudah2an kebahagiaan akan datang dalam hidup kita.

Sekian...jumpa lagi...,

Saturday, April 3, 2010

Damai ini kecintaan semua


Assalamualaikum dan salam muhibbah dari saya buat anda semua.

Saya paparkan gambar ini untuk anda lihat betapa indah nya permandangan ini. Semua orang ingin melihat gambar ini. Kerana apabila mata melihat maka hati pun bertambah tenang dan damai. Siapakah empunya pemandangan ini?? Hebat kan Dia? Itulah Allah SWT. Lihat wahai pembaca sekelian. Indah itu menerbitkan rasa tenang dan damai. Damai itulah punca segala permulaan yang indah dalam hidup kita....,

Ayuh, gembirakan jiwa dan hati anda dengan mendekatkan diri kepada Alalh dengan melihat dan melancong ke tempat-tempat yang damai ini.

Jumpa lagi. Salam semua nya.